background

Pengenalan diri

Wednesday 14 January 2015

Assalamualaikum..

Assalamualaikum..Hai semua..Apa khabar??Kaklong harap anda semua sihatlah hendaknya..cepatkan masa berlalu..sudah 14hari kita semua melangkah ke tahun baru tahun 2015..Macam mane dengan azam korang tahun lepas da tercapai ke semua??

Emmm..cerita pasal azam ni kan, camne korang semua da ade azam untuk tahun ni ke belum??

Kaklong da ade azam baru tapi tak boleh bagitahu kat korangla..rahsia..hehe..

Kaklong tinggalkan dulu blog ni dengan ayat jiwang ni..bye..assalamualaikum semua..











Friday 29 March 2013

Kawan - kawan..
Pernah tak anda di hujani dengan soalan2 ini..

" Bila nak kahwin??"
" Bila nak dapat anak??"
" Anak dah berapa??"

& Macam2 lagi soalan..

Dalam hidup ini kita tidak lepas daripada semua soalan2 ini..
Suka ke Tak suka kita kena lalui semua ini..
Da jadi lumrah kehidupan..

Kita tak tahu apa akan terjadi pada kehidupan kita hari ini atau masa hadapan..
Semuanya telah ditulis dan ditetapkan oleh Allah..
Mungkin hari ini kita gembira..tapi kita tak tahu esok mungkinkah kita akan gembira..
Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya..
Cuma kita yang tidak sedar..

Jodoh Pertemuan..semuanya di tangan Allah..
Kita hanya mampu merancang..
Tapi Allah yang menentukan segalanya..
Tak semestinya kita akan kahwin dengan orang yang kita cintai..
Terimalah seadanya orang yang mencintai kita..
bukan kita yang mencintainya..
 

Saturday 6 October 2012

Assalamualaikum..Hai..

Ape kabar smue??lme sy xmencoretkan ape2 di blog saya ni..xde idea n bz skit..thun ni sy trima byk undangan perkahwinan n pertunangan daripada kwn 2 lame xkire ms di sekolah menengah or di universiti..Kbyakkannye sy x dpt nk hadiri..yela sibuk n jauh..maklumla sy ni blum pnh drive jauh sorang2..takutla katekn..Tp ape pun sy tetap mendoakan kebahagiaan kwn2 sy..Semoga berbahagia n Berkekalan hingga ke anak cucu..Saya ni lak..bkn xnk kwin..tp mgkn blum ade rezeki..sy bknla memilih tp sy nk seseorang yang bertanggungjawab, penyayang n bersabar (cool)..sy ni sbgi kakak n anak yang sulung, sy rasa sgt bertanggungjawab terhadap keluarga lebih2 lagi sejak pemergian arwah ayah..kadang2 adik - adik xfaham..kakak, mak n abang mrh bkn sbb xsyg..tp sbb sygla yg wat kami mrh..bkn ape risau..zaman skrg mcm2 blh blaku..kt tgk jela di dada akhbar akhir2 ni..mcm2 kes blaku..tp entahla ssh nk ckp dengan owg yang xfhm..byk sgt ckp kang mrajuk, mengamuk n nk lari..sy skrg ni cme blh bdoa je smoga allah lindungi kluarga kami dari perkara2 xelok..

Thursday 4 October 2012

KALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE .

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .

Saya sayang MAK saya..love you mak..ummmmmmuah!!!!!!!!!...

Andai Lelaki Tahu..

Kata2 yang bermakna..Sje nk share ape yg sy baca dgn kwn..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Sunday 17 June 2012

17 Jun 2012 - Kalau arwah abah masih idup..Hari ini umurye genap 47thn..Sayu rasa hati teringat kat arwah abah tercinta..



abah..
pergimu tak kembali..
hilangmu tiada ganti..
sebak di dada mngenangknmu..
sejak pemergianmu..
kami sekeluarga terasa sunyi..
tidak dapat lagi mendengar gurauanmu..
tidak dapat lagi melihat syumamu..
tidak dapat lagi mendengar gelak tawa
tidak dapat lagi bermanja dgnmu
tiada lg kata smgt n nsihtmu..
kami smue trasa khilanganmu abah..
kami doakan abah bahagia n sejahtera di sana..

KAMI SEMUA SANGAT SAYANG N RINDUKAN MU ABAH..SEMOGA ROH MU TENANG N AMAN DI SANA..KAMI SENTIASA KIRIMKAN DOA BUATMU...

Thursday 10 May 2012

Emak!!!!

Emak..
Tak tergambar di riak wajahmu kesukaran melahirkan dan membesarkanku..
Hanya yang tergambar di wajahmu sebuah senyuman..
Segala kasih sayang kau curahkan kepadaku sepenuhnya..

Emak..
Kau adalah guruku yang pertama..
Kau ajar aku erti sebuah kehidupan..
Tanpa megira jemu kau melayan segala kerenahku..
Tidak sekali pun kau mengeluh..

Emak...
Kaulah tempatku mengadu..
Segala masalahku hadapi akanku luahkan padamu..
Segala cerita gembira mahupun sedih akanku ceritakan kepadamu..

Emak...
Setiap kali aku menangis engkaulah yang akan memujukku..
Setiap kali aku terjatuh engkaulah yang akan membangunkanku..
Setiap kali aku gembira engkau turut gembira bersamaku..
Setiap kali aku memerlukanmu kau sentiasa ada bersamaku..
Tak terbalas rasanya segala kasih sayang dan pengorbananmu..

Emak...
Along amat menyayangimu...
Akanku balas segala kasih dan sayangmu..
Along akan berusaha untuk mengembirakanmu..
Wlu ape pun along akan sedaya upaya membantumu..

Emak...
Maafkan along andai pernah melukakan hatimu..
Maafkan along andai pernah membuatmu sedih..
Maafkan segala salah dan silap along..

I love U emak!!!!!!!!!!!!!!!