background

Pengenalan diri

Saturday 6 October 2012

Assalamualaikum..Hai..

Ape kabar smue??lme sy xmencoretkan ape2 di blog saya ni..xde idea n bz skit..thun ni sy trima byk undangan perkahwinan n pertunangan daripada kwn 2 lame xkire ms di sekolah menengah or di universiti..Kbyakkannye sy x dpt nk hadiri..yela sibuk n jauh..maklumla sy ni blum pnh drive jauh sorang2..takutla katekn..Tp ape pun sy tetap mendoakan kebahagiaan kwn2 sy..Semoga berbahagia n Berkekalan hingga ke anak cucu..Saya ni lak..bkn xnk kwin..tp mgkn blum ade rezeki..sy bknla memilih tp sy nk seseorang yang bertanggungjawab, penyayang n bersabar (cool)..sy ni sbgi kakak n anak yang sulung, sy rasa sgt bertanggungjawab terhadap keluarga lebih2 lagi sejak pemergian arwah ayah..kadang2 adik - adik xfaham..kakak, mak n abang mrh bkn sbb xsyg..tp sbb sygla yg wat kami mrh..bkn ape risau..zaman skrg mcm2 blh blaku..kt tgk jela di dada akhbar akhir2 ni..mcm2 kes blaku..tp entahla ssh nk ckp dengan owg yang xfhm..byk sgt ckp kang mrajuk, mengamuk n nk lari..sy skrg ni cme blh bdoa je smoga allah lindungi kluarga kami dari perkara2 xelok..

Thursday 4 October 2012

KALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE .

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .

Saya sayang MAK saya..love you mak..ummmmmmuah!!!!!!!!!...

Andai Lelaki Tahu..

Kata2 yang bermakna..Sje nk share ape yg sy baca dgn kwn..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Sunday 17 June 2012

17 Jun 2012 - Kalau arwah abah masih idup..Hari ini umurye genap 47thn..Sayu rasa hati teringat kat arwah abah tercinta..



abah..
pergimu tak kembali..
hilangmu tiada ganti..
sebak di dada mngenangknmu..
sejak pemergianmu..
kami sekeluarga terasa sunyi..
tidak dapat lagi mendengar gurauanmu..
tidak dapat lagi melihat syumamu..
tidak dapat lagi mendengar gelak tawa
tidak dapat lagi bermanja dgnmu
tiada lg kata smgt n nsihtmu..
kami smue trasa khilanganmu abah..
kami doakan abah bahagia n sejahtera di sana..

KAMI SEMUA SANGAT SAYANG N RINDUKAN MU ABAH..SEMOGA ROH MU TENANG N AMAN DI SANA..KAMI SENTIASA KIRIMKAN DOA BUATMU...

Thursday 10 May 2012

Emak!!!!

Emak..
Tak tergambar di riak wajahmu kesukaran melahirkan dan membesarkanku..
Hanya yang tergambar di wajahmu sebuah senyuman..
Segala kasih sayang kau curahkan kepadaku sepenuhnya..

Emak..
Kau adalah guruku yang pertama..
Kau ajar aku erti sebuah kehidupan..
Tanpa megira jemu kau melayan segala kerenahku..
Tidak sekali pun kau mengeluh..

Emak...
Kaulah tempatku mengadu..
Segala masalahku hadapi akanku luahkan padamu..
Segala cerita gembira mahupun sedih akanku ceritakan kepadamu..

Emak...
Setiap kali aku menangis engkaulah yang akan memujukku..
Setiap kali aku terjatuh engkaulah yang akan membangunkanku..
Setiap kali aku gembira engkau turut gembira bersamaku..
Setiap kali aku memerlukanmu kau sentiasa ada bersamaku..
Tak terbalas rasanya segala kasih sayang dan pengorbananmu..

Emak...
Along amat menyayangimu...
Akanku balas segala kasih dan sayangmu..
Along akan berusaha untuk mengembirakanmu..
Wlu ape pun along akan sedaya upaya membantumu..

Emak...
Maafkan along andai pernah melukakan hatimu..
Maafkan along andai pernah membuatmu sedih..
Maafkan segala salah dan silap along..

I love U emak!!!!!!!!!!!!!!!



Abah...

tbe2 je saya rs indu sgt2 kat arwah ayah saya..saya xsgka sgt2 akan khilangan seorang ayah yg amat saya sayangi..bagi saya ayah n ibu adalah segalanya..tringat lagi ms sekolah sehingga saya kerja..smua arwah ayah yang aturkan mengikut kelayakan saya..tau x ms mle2 nk dftr Uitm dl sy pny la ble, saya xtau ape nk wat..sbb kt kne dftr sndiri..smue psiapan ayah saya yg uruskan..saya tkial2 gak la..tp ms tula sy bljo brusaha..ayah saya ni,klu bab pljaran anak2 die mmg org yg paling amik brt..ape yg die blh wat smue die wat..arwah ayah saya ni owg yg ramah n ske bsembang..tringat lg sy xkirala ble2 ms die msti akan kol sy..mcm2 cte die akan cte kat sy..lg2 saya n arwah ayah keje di satu jabatan cme negeri je lain2..tp skrg sejak arwah ayah kembali ke rahmatullah, aku jd sunyi sgt..xde tmpt sy nk bcerita, mengadu, minta pndapat n bmanje..skrg sy kne brusaha sendiri..saya kne kuat sbb ibu..saya xnk ibu sdih..

Abah...
Sejak kau pergi tinggalkan ibu,along n adik2
Kami sering teringatkan kau..
Terasa sunyi hati kami tanpamu abah..


Abah...
Kami rindukan gelak tawamu..
Kami rindukan suaramu..
Kami rindu akan kerenahmu..


Abah...
Segala kata - katamu masih terngiang2 die telinga along..
Kenangan menjagamu abah amat bermakna wat along..
Kau tiada gantinya dalam hati kami..


Abah...
Wlupun kau telah pergi tinggalkan kami..
Kami tetap akan mengingatimu selamanya..
Kasih n syang yg kau curahkan tak ternilai buat kami..



Thursday 19 April 2012

Ayahku Tersayang

Tahun ini merupakan tahun yang paling mencabar buatku..sebelum ini ayah yang paling ku sayang pernah sakit dan dimasukkan ke hospital jugak tapi Allah masih menyayangi dan memberi peluang kepada ayahku..Tahun lepas kami diduga lagi oleh Allah,ayahku yang telah mula pulih kembali susut badannya dan pelupa..pelbagai cara perubatan telah kami cuba..namun arwah ayahku semakin teruk..badannya kurus sehingga tulang2 kelihatan..tak dapat aku nk bayangkn betapa sedihnya hatiku sekeluarga apabila melihat keadaan ayah begitu..dalam sakit2 pun arwah ayah masih sempat datang melawat aku dan adik - adik di Perlis..itulah kali terakhir ayahku datang ke rumahku..tak lame mereka di rumah dalam 3 - 4 hari je ibuku mengajak ayahku pulang ke kampung untuk berubat..awal tahun ni...ayahku telah dimasukkan ke hospital..kami adik - beradik telah berbincang untuk bergilir2 dengan ibu menjaga ayahku..adikku yang lelaki pulang dulu untuk menjaga ayahku selama seminggu..saya dan adik yang no empat pula pulang pada hari jumaat,memandangkan hari ahad adik lelaki saya terpaksa pulang kerana ada exam..saya menjaga ayah sepanjang die di hospital..saya sedih sgt2 melihat keadaan ayah..ayah tak lalu nk mkn, jd ibu memberi ayah minum air barli untuk memberi tenaga kpd ayah..mcm2 doktor ingin lakukan pada ayah namun ayah tidak bersetuju dan setelah 8 hari ayah dibenarkan untuk pulang dengan risiko sendiri..aku membawa ayah pulang ke rumah..die tidak kuat dan perlu dipapah ketika berjalan..sepanjang di rumah pun arwah ayah tak lalu nk makan..mcm2 lauk aku masak namun ayahku hanya mkn sedikit sahaja..mcm2 kenang ketika menjaga ayahku yg sedang sakit..aku yg xpernah2 menebang pokok disuruhnya menebang dahan2 yang berjuntai yang boleh mencalarkan kereta ayah n ibuku..tapi yang paling aku xblh lupa ayahku meminta aku membelikan die buah jambu n manggis dari cina..puas semua shopping aku cri namun x jumpa..pada 19 Januari 2012 pagi,ibu menggerakkan aku dari tdo untuk melihat kenapa dengan ayahku..aku gerakkan ayahku namun tiada sahutan..jd aku segera ke klinik untuk mendapatkan bantuan namun apabila aku smpi aku diberitahu ayahku telah pergi meninggalkan kami buat selamanya..aku terkedu..itulah kali pertama aku menguruskan hal kematian..aku yg membuat report di balai polis, aku yg memberitahu semua saudara - mara yg terdekat, aku yg pergi ke tanah perkuburan untuk melihat tmpat ingin disemadikan arwah ayah..adik - adikku yg berada di utara telah ibuku mklumkn ms ayahku tidak memberi respon td..mereka bergegas pulang ke kampung..kami cuba meminta agar menunggu adik - adikku smpi namun org2 masjid kata xelok mlmbatkn pengkebumian jenazah memandangkan arwah ayahku telah lama sakit..ibu menelefon memberitahu adik - adikku perkara itu.mereka bersetuju wlupun terpkse..hny aku, ibu n adik yg last je yg dpt melihat jenazah arwah ayah..aku sedih namun aku xmahu tangisi pemergian ayahku..aku kne kuat memandangkan aku anak yg sulung..aku amat rindukan arwah ayahku..ayahku merupakan orang yg sentiasa memberi nasihat n tunjuk ajar kepadaku..ape sje yg aku ingin lkukan biasanye akanku minta pendapat arwah ayahku..wlupun arawh abah seorang yang garang namun die juga seorang yang periang,peramah,penyayang dan baik hati..abah..wlupun kau telah pergi tinggalkan along, emak n adik - adik..namun kami semua tetap menyayangi abah selamanya..